Cara menggunakan FrogPlay.

Assalamualaikum. Frog VLE merupakan platform untuk murid -murid meneroka ilmu dengan cara yang menyeronokkan. Salah satu cara yang mengujakan untuk mengulangkaji ialah dengan menggunakan FrogPlay. Seperti biasa, murid mesti login ke dalam Frog VLE menggunakan Yes Id dan Password yang telah diperoleh daripada penyelaras VLE iaitu Cik Wan Rohani Wan Harun. Di sini disertakan panduan … Continue reading Cara menggunakan FrogPlay.

Majlis Kesyukuran Upsr 2015 Dan Persaraan Guru Sk. Manir

Pada 28 Januari 2016, suatu majlis khas telah diadakan sempena persaraan Tuan Guru Besar SK. Manir, Pn. Hajah Normah bt. Daud.   Majlis yang bertemakan 'Sejambangan Kasih Selautan Budi' itu telah dihadiri oleh ramai tetamu jemputan antaranya Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu , Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali  Hussin, wakil-wakil PPD Kuala Terengganu, guru besar … Continue reading Majlis Kesyukuran Upsr 2015 Dan Persaraan Guru Sk. Manir

Gotong-Royong Membasmi Pembiakan Aedes

Jawatankuasa Gotong Royong SK Manir   menganjurkan satu gotong-royong  untuk memastikan kawasan sekolah bebas daripada ancaman daripada aedes dan denggi. Untuk mencapai matlamat tersebut, pada 27.1.2016 guru-guru bersama murid-murid SK Manir telah membersih kawasan sekolah dengan jayanya dan pada 30.1.2016 guru-guru dan ibu-bapa dibahagikan kepada tujuh kumpulan, dengan setiap kumpulan bertanggungjawab untuk membersih, mengutip dan membuang … Continue reading Gotong-Royong Membasmi Pembiakan Aedes

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Majlis ini telah dirasmikan oleh pegawai polis cawangan jenayah IPD Kuala Terengganu iaitu ISP Rabiatul Adawiyah binti Mohd Noor. Majlis yang menyaksikan seramai 57 orang pengawas sekolah dan 52 orang pengawas PSS telah menerima watikah perlantikan bersimbolikkan pemakaian tanda nama dan sijil perlantikan. ISP Rabiatul Adawiyah dalam ucapan perasmian beliau mengungkapkan tahniah dan mengharapkan pengawas-pengawas … Continue reading Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Sambutan Junjungan Nabi kita yang dicintai ini telah dilaksanakan  pada 13 Januari 2016 bersamaan dengan hari Khamis. Tidak diadakan perarakan namun begitu aktiviti yang menjadi pengisian majlis ini amat menarik dan memberi banyak manfaat kepada murid-murid serta para guru SK Manir. Antara aktiviti tersebut seperti Salawat dan berzanji, Forum Maulidur Rasul, Kuiz Maulidur Rasul, Pertandingan … Continue reading Majlis Sambutan Maulidur Rasul

First Day, First Bell, First Lesson

Seawal 7:30 pagi bermulalah perhimpunan kali pertama bagi tahun 2016. Perhimpunan yang diadakan di Tapak Perhimpunan tersebut telah dikunjungi oleh seorang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah iaitu En. Roslan bin Mamat. Apa yang menggembirakan lagi apabila hari pertama persekolahan ini juga telah dihadiri oleh Guru Besar SK Manir yang seharusnya bercuti sakit sehingga 28 Januari 2016. … Continue reading First Day, First Bell, First Lesson